11street kini menambah produk baru di laman e-dagang mereka. Dengan kerjasama ‘Just Order Conveniently On Mobile’ (JOCOM), 11street kini menawarkan produk segar seperti sayuran, ayam organik, telur dan roti kepada pengguna di platformnya.

Tawaran terbaru ini pada awalnya disediakan untuk pengguna 11street di Lembah Klang. Pengguna akan menerima tempahan produk segar ini dalam tempoh 24 jam. Ia akan diperluaskan ke Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang akhir tahun ini, dan ke seluruh Semenanjung Malaysia tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Kim Hoseok berkata, langkah ini seiring dengan peningkatan minat rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian. Peningkatan minat ini dapat dilihat lebih-lebih lagi ketika musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina.


Dengan kerjasama ini, 1,000 hasil segar dari inventori JOCOM akan disenaraikan ke dalam 11street menjelang akhir tahun ini. Selain sayur dan ayam, pelanggan juga boleh membeli hasil beku seperti ikan dan makanan laut di 11street.

11street bukan sahaja menyediakan jualan barangan segar ini, tetapi menjamin barangan berkualiti tinggi dan segar. Sekiranya pelanggan mendapati kualitinya tidak memuaskan, 11street akan menghantar produk baharu dalam tempoh 24 jam atau memulangkan semula bayaran sepenuhnya.



Kim Hoseok menambah, 11street sangat teruja untuk memaklumkan bahawa salah satu ikan air tawar paling berharga dan sukar ditemui di Malaysia iaitu ikan empurau, ditangkap segar di Sarawak dan dijual beku di 11street. Ia dijual pada harga bermula dari RM700 sekilogram dan boleh mula dibeli di 11street sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.11street.my